INFO TERBARU: Design baru nih ! Ayo kirim saran dan kritik di blog kami
1
Vote Up
Vote Down
Presiden China akan Adakan Lawatan ke Jepun

Presiden China akan Adakan Lawatan ke Jepun

Atas undangan kerajaan Jepun, Presiden China, Hu Jintao akan mengadakan lawatan ke Jepun pada 6 hingga 10 haribulan Mei. Ini merupakan lawatan Presiden China ke Jepun sekali lagi selepas 10 tahun berlalu. Sempena lawatan itu, Hu Jintao telah menerima wawancara wartawan Jepun daripada 16 buah badan media Jepun di Beijing. Beliau menyatakan bahawa lawatan kali ini diadakan pada musim bunga untuk menghangatkan hubungan yang sedia ada. Beliau berharap, lawatan kali ini dapat mendorong perkembangan hubungan strategi China-Jepun yang saling menguntungkan. "Saya mengadakan lawatan ke Jepun kali ini tepat pada musim bunga, dan saya berharap, dengan ikhlas semoga persahabatan antara rakyat China dan Jepun sentiasa segar seperti musim bunga." Pada awal wawancaranya semalam, Presiden Hu Jintao dengan senyum meminta wartawan Jepun menyampaikan salam dan hasratnya kepada rakyat Jepun. Tahun 2008 merupakan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan damai dan persahabatan China-Jepun. Dalam wawancara tersebut, Hu Jintao telah menyatakan penghargaannya terhadap perkembangan hubungan China-Jepun dalam tempoh 30 tahun yang lalu, serta menegaskan bahawa perkembangan hubungan China-Jepun bukan sahaja memanfaatkan rakyat kedua-dua negara, tetapi juga memberikan sumbangan kepada kedamaian, keamanan dan kemakmuran Asia, bahkan dunia. Beliau berkata: "Fakta membuktikan bahawa mengukuhkan hubungan persahabatan dan jiran baik China-Jepun pada jangka panjang bersesuaian dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara. Tujuan lawatan saya kali ini adalah untuk memupuk kepercayaan, meningkatkan persahabatan, mengukuhkan kerjasama dan merancang masa depan, dan berusaha mendorong perkembangan hubungan strategi China-Jepun yang saling menguntungkan."
Berita - Dunia / malay.cri.cn / Dimasukkan 200 hari 3 jam 20 menit lalu

Komentar Anda

Saat ini ada 0 komentar

Anda harus login atau register dulu sebelum pasang komentar

Pemilih

prince