Krisis bahan makanan sejagat sekarang semakin serius. Dalam keadaan itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan pegawai daripada 27 buah badan di bawah PBB mengadakan sidang peringkat tinggi yang berlangsung selama 2 hari di Berne, Switzerland semalam. Sidang itu memulakan kerjasama seluruh dunia untuk bersama-sama menghadapi situasi yang semakin meruncing itu.
Beberapa tahun kebelakangan ini, harga bahan makanan sejagat terus naik dan menjadi krisis bahan makanan yang paling serius selepas Perang Dunia II pada awal tahun ini. Ratusan juta orang menjadi mangsa kebuluran dan usaha untuk menangani hal itu ternyata gagal. Di beberapa negara berlaku usuhan akibat kekurangan bahan makanan, dan ini menjadi ancaman terhadap keamanan sosial dan kedamaian dunia. Pemimpin dan pakar beberapa negara menyimpulkan krisis itu sebagai "tsunami diam" atau "pembunuhan beramai-ramai dalam diam". Dalam pelbagai sidang yang diadakan, masalah bahan makanan diberi tumpuan orang ramai.
Sidang peringkat tinggi kali ini ialah sidang penting yang diterajui oleh PBB. Sidang itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon sendiri dan disertai oleh pemimpin pertubuhan antarabangsa yang meliputi bidang pertanian, pembangunan dan bantuan seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Makanan Dunia (WFP) dan Bank Dunia. Sidang itu merupakan sidang yang tertinggi antara sidang yang diadakan oleh PBB pada tahun ini. Pelapor Khas Masalah Hak Makanan PBB, Jean Ziegler menyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan semalam di Geneva, sidang itu "khabar baik bagi orang miskin yang mengalami kekurangan makanan." Sebelum sidang itu dirasmikan Ban Ki-moon menyatakan bahawa "Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada sidang itu dan kita mesti mendapatkan cara yang berkesan mengatasi masalah ini."
Berita - Dunia / malay.cri.cn /
Dimasukkan 250 hari 13 jam 11 menit lalu